Syair Pemberontakan Patani Mohd Yusof Md Nor dan Abdul Rahman Kaeh (Penyelenggara)

Laksamana dititahkan Betara,

Ke negeri Patani berjalan segera,

Mendapat cogan Raja Senggora,

Akan menerima hukum dan dera.

Barang yang hendak dihukumkan,

Sekalian tidak boleh dipersalahkan,

Kesalahan pinta dimaafkan,

Pegawai yang dipegang itu dipohonkan.

Setelah demikian titah betara,

Laksamana tiada berani dura,

Kerana negeri hendak dipelihara,

Kelak menjadi huru hara.

Bonda Duli Mahkota Indera,

Pada Laksamana emak saudara,

Sakit terlantar hampir bermara,

Meninggalkan dia tiada terkira.

Daripada kerja terlalu berat,

Ke atas negeri hendak mudarat,

Jadilah dititah duli hadirat,

Bimbang dan masygul disuruh kerat.

Tiada lagi terkata-kata,

Sudah dengan titah Sang Nata,

Diputuslah hati yang bercinta,

Kepada Allah diserah semata.

Niat laksamana yang pegari,

Daulat baginda barang berdiri,

Jika selamat sentosa negeri,

biarlah susah di atas diri.

Berjalan ia berhati hampa,

Bonda yang sakit tiada dilupa,

Kerana sakit berat menimpa,

Yakin hatinya tiada berjumpa.

Daripada sudah demikian peri,

Keberatan tertanggung di atas negeri,

Yang sakit itu seorang diri,

Bala yang datang meliput negeri.

Jadilah dititahkan Seri Betara,

Tiadalah lagi terkira-kira,

Berjalanlah pergi bersegera-segera,

Mendapat cogan Raja Senggora.

Puisi Melayu Tradisi ,1993

Oxford Fajar Sdn.Bhd.

A.KOSA KATA

i. bercinta = berat rasa hati untuk melakukan sesuatu

ii. bermara = berbahaya/menghadapi bahaya

iii. cogan = panji-panji atau lambang

iv. dera = pukulan dengan rotan/cemeti dll.

v. dura = risau /susah hati

vi. masyghul = susah hati/murung/sedih

vii. mudarat = bahaya

viii. pegari = dapat dilihat/muncul/menjelma

ix. peri = kata

B. TEMA

Semangat patriotik pepimpin

C.PERSOALAN

i. semangat cinta akan keamanan negara yang tinggi dalam diri seorang pemimpin

ii. sikap mengutamakan keselamatan negara melebihi kepentingan peribadi

iii. taat akan perintah demi keselamatan negara

iv. kesanggupan berjuang semata-mata mempertahankan kedaulatan negara.

D. NILAI

i. Semangat cinta akan negara/sayang akan negara

ii. Ketaatan

iii. Keberanian

iv. Keredaan/pasrah akan kehendak tuhan

E. PENGAJARAN

i. Hendaklah mempertahankan kedaulatan negara daripada serangan musuh

ii. Hendaklah mendahulukan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan keluarga

iii. Hendaklah ada perasaan sayang akan Negara dan berusaha mempertahankannya

iv. Hendaklah banyak berserah dan memohon pertolongan daripada Allah SWT apabila berada dalam kesusahan.

v. Hendaklah menjunjung perintah ketua dengan rela hati demi keselamatan negara.

F. MAKSUD SYAIR

SECARA KESELURUHANNYA SYAIR INI MENYAMPAIKAN PESANAN TENTANG

I. KEPERLUAN SEORANG PEMIMPIN MENGUTAMAKAN KESELAMATAN NEGARA BERBANDING KESELAMATAN DAN KEPENTINGAN PERIBADI.

G. MAKSUD RANGKAP

1. LAKSAMANA MENDAPAT PERINTAH DARIPADA BETARA AGAR SEGERA KE NEGERI PATANI BAGI MENDAPATKAN PANJI ATAU LAMBANG KEBESARAN RAJA SENGGORA (MENYATAKAN TAAT SETIA KEPADA RAJA SENGGORA) YANG DIKATAKAN AKAN MENJATUHKAN HUKUMAN DAN SIKSAAN.

2. DI SANA NANTI LAKSAMANA DITITAHKAN AGAR MEMOHON MAAF DARIPADA RAJA SENGGORA DAN MERAYUM AGAR HUKUMAN TIDAK DIJATUHKAN KE ATAS PEGAWAI YANG DITAHAN.

3. SETELAH MENERIMA TITAH BETARA, LAKSAMANA TIDAK MAHU MENUNJUKKAN KERESAHANNYA KERANA KEAMANAN NEGERI PERLU DIPELIHARA.

4. KERANA PADA KETIKA ITU BONDA SAUDARANYA IAITU DULI MAHKOTA INDERA SEDANG MENGALAMI SAKIT YANG BAHAYA DAN NHATI LAKSAMANA TERASA AMAT BERAT UNUK MENINGGALKAN BONDANYA ITU.

5. SEGALA KEBIMBANGANNYA DIKETEPIKAN KERANA SITUASI NEGARA BERADA DALAM KEADAAN YANG MENCEMASKAN.

6. LAKSAMANA TIDAK DAPAT MEMBANTAH ARAHAN BETARA (SANG NATA ) WALAUPUN HATINYA AMAT BERAT UNTUK MELAKSANAKAN TUGAS TERSEBUT.. LAKSAMANA AKHIRNYA MENYERAHKAN SEGALA-GALANYA KEPADA ALLAH SWT.

7. LAKSAMANA TETAP MENJUNJUNG PERINTAH RAJA DEMI MEMASTIKAN RAJA TERUS DERDAULAT DAN BERKUASA DALAM NEGERI DAN NEGERI BERADA DALAM KEADAAN SENTOSA.

8. LAKSAMANA KE PATANI WALAUPUN HATINYA AMAT SEDIH DAN BERAT UNTUK MENINGGALKAN BONDA SAUDARANYA KERANA DIA YAKIN TIDAK DAPAT LAGI BERTEMU DENGAN BONDA SAUDARANYA.

9. TANGGUNGJAWAB MEMELIHARA KEDAULATAN NEGERI LEBIH UTAMA DARI MEMIKIRKAN TENTANG KESAKITAN YANG DITANGGUNG OLEH SEORANG SAHAJA. SELURUH NEGERI AKAN MUSNAH JIKA DISERANG MUSUH.

10. MAKA, PERINTAH BETARA (SERI BETARA) SEGERA DIJUNJUNG TANPA BERFIKIR PANJANG. LAKSAMANA SEGERA BERJALAN KE PATANI BAGI MENDAPATKAN PERLINDUNGAN RAJA SENGGORA.

H.SOALAN PEMAHAMAN

a. Berikan maksud rangakai-rangkai kata di bawah.

§ Mendapat cogan Raja Senggora

§ Diputuslah hati yang bercinta

§ Bimbang dan masyghul disuruh kerat

§ Laksamana tiada berani dura

i. Pada pendapat anda mengapakah kita mesti mengutamakan negara berbanding keperluan peribadi?

ii. Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana perlu mendapatkan cogan Raja Senggora?

iii. Huraikan tiga pengajaran daripada syair di atas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: