Pantun Lapan Kerat

MAKSUD

  • Rangkap 1: Seseorang itu perlu ada sifatsabar dalam dirinya kerana sifat sabar merupakan ciri orang yang  beriman. Kesabaran akan menjadikan hati seseorang sukar untuk dipengaruhi oleh iblis sekali gus membolehkannya berjaya dalam hidup.
  • Rangkap 2: Kelahiran seseorang utusan istimewa yang merupakan keturunan nabi Adam yang turun dari langit dan akhirnya menjadi pembimbing kepada manusia.
  • Rangkap 3: Warisan bangsa dan tanah air telah musnah sebagai akibat kelalaian masyarakat setempat. Budaya Timur yang menjadi tunjang peradaban masyarakat telah dicemari oleh budaya Barat, manakala bahasa Melayu yang ditutur sejak sekian lama telah diabaikan dan hilang martabatnya yang tinggi.

TEMA

  • Sifat sabar, kelahiran seorang utusan Allah ke Bumi, dan sifat leka yang membawa padah kepada manusia.

PERSOALAN:

  • Sifat sabar yang merupakan kunci utama kejayaan seseorang.
  • Kelahiran seseorang utusan Allah yang amat istimewa.
  • Pencemaran budaya Timur dan Bahasa Melayu oleh pengaruh budaya Barat.

BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN

  • Terdiri daripada 3 rangkap
  • Mempunyai 8 baris serangkap
  • 4 baris pertama adalah pembayang,4 baris berikutnya adalah maksud
  • Terdiri daripada 3 hingga 5 patah kata sebaris
  • Mempunyai 8 hingga 13 suku kata sebaris
  • Rima akhir bagi puisi ini abcdabcd (sengkeleng)
  • Bentuk puisi ini terikat/tidak bebas

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI

  • Pemilihan kata (diksi) yang indah:

Contoh: Turun dari langit ketujuh

  • Inversi:

Contoh: Menjadi riuh orang di darat

(sepatutnya: orang didarat menjadi riuh).

  • Hiperbola:

Contoh: Bahasa ibunda hina terbiar.

  • Asonansi:

Contoh: Berburu musim tengkujuh

(pengulangan bunyi vokal u)

  • Aliterasi:

Contoh: Anak ketam disangka lelabi

(pengulangan bunyi konsonan k)

NILAI

  • Kesabaran:

Contoh: Bersabar dalam menghadapi sebarang dugaan yang mendatang.

  • Kesyukuran:

Contoh: Bersyukur kerana seorang yang amat istimewa telah diutuskan oleh Allah

untuk memimpin umat manusia dimuka bBumi ini.

  • Tanggungjawab:

Contoh: Bertanggungjawab terhadap bahasa ibunda, budaya Timur, dan

keharmonian negara.

  • Menghargai:

Contoh: Menghargai bahasa ibunda, budaya Timur, dan adat resam yang

diamalkan sejak turun temurun.

PENGAJARAN

  • Kita hendaklah bersabar dalam melakukan sebarang perkara atau tugas.
  • Kita hendaklah bersyukur kerana memperoleh seorang utusan untuk memimpin kita ke jalan yang mulia.
  • Janganlah mudah terpengaruh oleh budaya Barat yang dapat mencemarkan ketulenan budaya Timur yang kita warisi sejak zaman-berzaman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: