Drama 1400 (Nordin Hassan)

Sinopsis

Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap mesyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya untuk mengubah pendirian orang kampong. Dollah bertemu dengan dukun dengan menggunakan azimat mayat ibunya, dan hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu Doli. Awalnya, peminangan ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaan Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampong. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik hati. Sikap isterinya menyebabkan disayangi oleh masyarakat kampong. Namun Dollah dibenci kerana sering menindas orang kampong dan memelihara kuda yang banyak yang mengotorkan bekalan air sungai kampong. Akibat pencemaran menyebabkan penyakit merebak dan puncanya mendapat zuriat yang cacat. Dollah yang suka memburu gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta isterinya supaya tidak bergaul dengan orang kampong yang susah. Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Lalu dibuang dan isterinya dihalau. Dollah bertemu dengan mayat ibunya yang memintanya supaya bertaubat. Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampong lain yang memperjuangakan Islam. Namun Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.

Pemikiran

Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan lemah. Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malang hajatnya termakbul tetapi sikapnya berubah sama sekali. Dia sering menindas orang kampung dan mencemarkan air sungai hasil bekalan air orang kampung dengan najis kuda peliharaanya.

Persoalan

  • persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang berharta
  • persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
  • persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna yang membawa penyakit.
  • persoalan penindasan kepada golongan lemah
  • persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu

Plot

Permulaan
memperkenalkan Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi dan suka membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas dalam melakukan apa sahaja dan mencari rezeki yang halal.

Perkembangan

Dollah bertemu bomoh yang membantunya menjadi kaya dengan menggunakan azimat mayat ibunya. Dollah berubah jadi kaya dan perwatakan orang yang mewah.

Konflik

pinangannya ditolak pada peringkat awal walaupun Dollah menjadi kaya. Dollah mengambil tanah orang kampong dan memelihara kuda yang mencemarkan sungai. Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu dibuang.

Klimaks

Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya menasihatkannay supaya bertaubat.

Peleraian

Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampong lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.

Teknik Plot

Kejutan

  • Dollah bertemu dengan mayat ibunya
  • Siti Rahimah melahirkan anak cacat dan hodoh

Suspens

  • Dollah disondol binatang ganjil

Pemerian

  • manusiakah? Jinkah? Jembagkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus, berbulu disini sana, tabik-tabik cakap..

Imbas kembali

  • Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut?
  • Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hamper terbenam, sebelum maghrib. Waktu itu angina kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh.

Monolog

  • Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah ampunkanlah dosaku. Berikan aku rahmat-Mu.

Watak&Perwatakan

Watak Utama-Dollah

  • Capik, miskin dan dihina masyarakat
  • Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan dan dia tidak mengambil berat tentang solat setealh menjadi kaya
  • Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya bergaul dengan orang miskin
  • Seorang yang sombong apabila kaya. Dollah marah apabila pinangannya ditolak.

Watak sampingan-

Intan Siti Rahimah

  • Isteri Dollah yang cantik
  • Beriman dan baik yang disukai oleh semua orang. Dia dijemput ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka

Abu Lahab

  • Broker tanah
  • Menipu penduduk kampong menjual tanah demi mengaut keuntungan dan hamper dikenakan hukuman tanam hidup-hidup.

Pak Sudin

  • Pekerja Dollah yang setia. Pak Sudin terlalu setia sehingga dianggap tali barut Tuan Dollah

Latar

  • Latar
  • Latar masa
  • Lewat petang (sebelum maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut
  • Miggu depan- Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampong mengaji
  • Petang- disurau, Dollah berbual dengan Pak Long

Latar tempat

  • Kampong Kuala dan Kenanga- tempat Dollah membeli tanah memelihara kuda-kudanya
  • Sungai Nenek- airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil sungai Kuda.
  • Surau-tempat isteri Dollah mengajar mengaji anak-anak
  • Di rumah pawing- Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya

Latar masyarakat

  • Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampong
  • Masyarakat yang sombong dengan kekayaan/kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan.
  • Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
  • Masyarakat yang mementingkan diri. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu bergaul dengan orang susah
  • Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah membantu keluarga pekerja Dollah yang susah dengan mengajar anak-anaknya mengaji.

Gaya bahasa

Simpulan bahasa

  • Besar hati, naik kepala, duri dalam daging
  • Repitisi
  • Mereka, merekalah..
  • Cakap, cakap, cakap, cakap..

Personifikasi

  • Kambing-kambing tersenyum
  • Kata Pinjaman
  • Bahasa Inggeris – order, secret, you, I
  • Bahasa Arab –Fajer, sidik, hijrah

Nilai

  • kesabaran – Soud meminta Dollah bersabar dengan hinaan orang
  • tolong-menolong- Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampong mengaji
  • menghargai barangan tempatan –Dollah menggunakan batu mamar Itali bukan dari Langkawi.
  • kasih sayang –Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik
  • ketaatan –Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya semasa mengandung

Pengajaran

  • Kita hendaklah mencari rezeki halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka dimasukkan ditahanan
  • kita janganlah menindas orang yang lemah seperti Dollah yang menindas orang susah ketika dia kaya
  • kita perlulah menjaga keindahan alam sekitar seperti Dollah yang mencemarkan sungai dengan najis kuda
  • kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah seperti Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: