CERPEN HUTAN RIMBA (Sasjira)

Sinopsis

Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. Harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaanya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasihat anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya berjaya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya.

Tema

Kemusnahan alam semulajadi untuk pembangunan. Kawasan bekas aktiviti pembalakan akhirnya telah menjadi kawasan perladangan estet-estet kelapa sawit luas saujana mata memandang.

Persoalan

1. Persoalan kemusnahan flora dan fauna alam. Aktiviti pembalakan yang dilakukan telah memusnahkan kehidupan flora dan fauna.
2. Persoalan kekesalan atas kemusnahan khazanah alam. Pak Tua menyesal kerana pekerjaannya sebagai pemandu jentolak dengan syarikat pembalakan menyebabkan khazanah hutan musnah.
3. Persoalan kepentingan pendidikan anak-anak. Empat orang anak Pak Tua telah berjaya dalam bidang pendidikan dan kerjaya masing-masing.
4. Persoalan kepentingan pembangunan dalam memajukan negara. Pembangunan dalam bidang pertanian dapat memberi sumber pendapatan negara.

Watak dan perwatakan

Watak utama

Pak Tua
– Pemandu jentolak jenama Caterpillar.
– Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Bertanggungjawab membiayai perbelanjaan pendidikan anak-anaknya.
– Berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan tinggi. Anaknya yang sulung, Ajam berjaya dalam bidang perniagaan pengangkutan bas antarkota. Anaknya yang kedua, Bakar berjaya sebagai pengurus ladang sebuah estet kelapa sawit. Anaknya yang ketiga, Melati menjadi seorang pensyarah di sebuah IPT dan anaknya yang bongsu seorang guru yang memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
– Bersyukur dengan pembangunan. Pembangunan yang telah dilakukan menyebabkan anak-anaknya mendapat kehidupan yang sempurna.
– Kesal atas pencerobohan hutan. Pak Tua kesal kerana ketika mudanya dia telah terlibat dengan aktiviti pembalakan.

Watak sampingan

1. Mak Tua
– Isteri Pak Tua
– Tinggal di tepi sungai berdekatan dengan hutan dara.
– Pandai memasak. Menyediakan makanan yang enak untuk keluarganya.
– Pandai mendidik anak-anak. Anak-anaknya saling menyayangi dan menghormati kedua orang tua mereka.

2. Ajam
– Anak sulung Pak Tua.
– Seorang pengusaha pengangkutan bas antarkota.
– Pakar dalam dunia perniagaan.
– Gigih. Kegigihannya menyebabkan dia telah menjadi ahli perniagaan yang berjaya.
– Berfikiran terbuka. Menerima cadangan adik-adiknya yang mahu membuka kawasan pelancongan.

3. Bakar
– Anak kedua Pak Tua
– Berkelulusan Sarjana Pertanian
– Pengurus ladang estet kelapa sawit.

4. Melati
– Anak ketiga Pak Tua.
– Pensyarah IPT.

5. Budi
– Anak bongsu Pak Tua.
– Seorang guru Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Nilai

1. Nilai tanggungjawab. Contohnya Pak Tua yang bertanggungjawab membesarkan keempat-empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dengan kerjaya masing-masing.
2. Nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Contohnya anak-anak Pak Tua yang saling menyayangi antara satu sama lain dan bincang dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
3. Nilai kegigihan. Contohnya Pak Tua yang gigih mencari rezeki untuk menyara kehidupan keluarganya.
4. Nilai kerajinan. Contohnya Pak Tua rajin berusaha untuk meningkatkan diri dengan berhijrah meninggalkan kampung halamannya.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Pak Tua bertanggungjawab untuk membesarkan dan memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya.
2. Kita hendaklah saling berkasih sayang antara adik-beradik. Ini yang ditonjolkan oleh anak-anak Pak Tua yang sama-sama berbincang sebelum mengambil keputusan untuk menjadikan dusun buah-buahan bapa mereka sebagai kawasan pelancongan.
3. Kita mestilah menjadi ketua keluarga yang memiliki sifat gigit bekerja. Hal ini dapat dilihat menerusi watak Pak Tua yang begitu gigih bekerja untuk menyara anak-anak dan isterinya.
4. Kita hendaklah rajin berusaha untuk membaiki taraf hidup. Contohnya Pak Tua yang rajin bekerja sejak zaman mudanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: