Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

Sinopsis

 

Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anaknya iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan Shahrul meminta tolong Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kerana cuti sudah tamat.

Sabariah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya ( Jumaat ) kerana terus ke laut untuk menangkap ikan. Namun anak-anaknya sering mengirimkan wang bulanan supaya tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jirannya kerana tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan berpakaian seksi dimarahi oleh Sabariah supaya menukar sebelum bertemu ibunya.

Sikap mereka ditegur juga oleh Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah memulangkan kembali wang yang dikirim oleh anak-anaknya. Namun Sabariah memarahi ibunya kerana masih  mengharapkan bapanya akan selamat. Dalam kekecohan, Wahid dan Senin mengambil kesempatan mencuri barangan mangsa tsunami. Pak Jumaat akhirnya dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja untuk menemani ibunya ke balai. Atas tolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat.

Anak-anak Jimah yang lain memohon maaf kepada Sani. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu dan bersyukur mempunyai Man Bnegap walaupun hanya cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama ketika sunyi dan berduka. Pemikiran Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap bapanya serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.

Persoalan

  • Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.
  • Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
  • Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.
  • Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
  • Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaaan dan cabaran hidup.
  • Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Plot
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.

Pembinaan Plot
Secara keseluruhan drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:

Permulaan
Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atas
nasib keluarga Jimah yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami.

Perkembangan
Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam keluarga Mak Jimah tetapi telah dibesarkan dengan mendapat pendidikan sempurna.

Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang mementingkan kerjayanya dan hendak pulang ke Kuala Lumpur walaupun bapanya
masih hilang.

Konflik
Arahan Shahrul agar Sani menasihati Jimah agar menerima kenyataan bahawanya bapanya telah meninggal.
Sabariah yang tidak berpuas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut walaupun wang sudah dikirmkan
Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah dan Sani dan dia menggangap mereka sebagai anak-anaknya juga.
Sabariah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkat
Jimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabariah yang hanya mementingkan
kerjaya dan diri sendiri.

Klimaks
Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di bank dan meminta anakanaknya pulang ke tempat masing-masing walaupun Jumaat belum ditemui

Peleraian
jumaat ditemui terselamat dalam kejadian tsunami. Dengan penemui itu memberi
banyak kesedaran kepada anak-anaknya bagi memohon maaf. Jimah meminta anakanaknya meminta maaf kepada Sani dan Pak Man bersyukur dengan situasi yang
ceria dan bersyukur mempunyai cucu macam Man Bengap.

Teknik Penceritaan
1. Pemerian

  • Dia budak lurus. Putih, putihlah yang dia kata. Kalau hitam, hitamlah. Dia manusia yang tidak ada kepentingan langsung..(ms 439)

2.  Suspens

  • Man: orang sudah jumpa tuk, sudah jumpa dah.

3.  Kejutan

  • Kita ni sibuk dengan kerja, dengan laki, dengan bini, dengan perniagaan. Beginilah, kalau sudah semua tidak mahu, kita hantar ke rumah welfare mau? (ms434)

Watak & Perwatakan

Watak Utama
Jimah

  • Isteri Jumaat, berusia 55 tahun
  • Seorang yang setia, peyayang dan bertanggungjawab.
  • Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya itu
  • Sabar dengan dugan dengan berdoa.
  • Jimahsentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejakkejadian suaminya hilang di laut.

Watak Sampingan
Sani

  • Anak angkat Jimah-seorang doktor dan telah beristeri
  • Seorang yang bertanggungjawab dan sabar.
  • Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang.

Sabri

  • anak sulung Jimah
  • penyabar.
  • Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka belum ditemui

Sabariah

  • Graduan ekonomi bekerja di London
  • Panas baran, anak kedua dan menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulana dikirim setiap bulan
  • Tidak sukakan Sani.
  • Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan
    berdolak dalik tentang soal kematian.
  • Dia juga mengingatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.

Shahrul

  • Anak ketiga
  • Seorang akauntan di Kuala Lumpur
  • Mementingkan kerjayanya dengan meminta untuk pulang setelah waktu cuti sudah habis.
  • Berselisihan faham dengan Sani. Shahrul suka menyindir Sani.

Salmah

  • Seorang pereka fesyen
  • Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang dengan memakai skirt
  • Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampong atas urusan pekerjaan.

Wan Malini

  • Isteri Sani
  • Banyak menolong Sani menjaga Jimah. Dia turut berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.

Man Bengap

  • Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong menyebabkan Pak Man ketawa.

Pak Man

  • Jiran Jimah yang prihatin dengan keluarga Jimah.
  • Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah.
  • Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarganya.

Mak Jah

  • Isteri Pak Man
  • Seorang yang peyayang, mak Jah sanggup bersama-sama keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih.

Wahid dan Senin

  • Penjahat yang mengambil kesempatan denganberpura-pura ditugaskan membanci kerugian namun sebaliknya mencuri.
  • Mencuri harta mangsa tsunami dan berniat untuk mencuri di rumah Jumaat.

Latar

Latar masa

  • Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak
  • Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri
  • Senja di rumah mak Jimah

Latar tempat

  • Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut
  • Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah
  • Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya

Latar masyarakat

  • Masyarakat peyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan
    Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia tua.
  • Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan misalnya Pak Man yang
    datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.
  • Masyarakat yang berpendidikan seperti anak-anak Jimah yang berjaya dalam
    kerjaya.
  • Masyarakat yang mementingkan kerjaya seperti anak-anak Jimah
  • Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.

Gaya Bahasa

Diksi
Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey. HQ)

Falsafah

  • Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga
  • air matanya itu macam air mengalir

Metafora
Ombak susu, gigi ombak

Repetisi
Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah

Nilai
Nilai kasih sayang kepada suami.

  • Jimah menangisi kehilangan suaminya

Nilai kesetiaan seorang isteri terhadap suaminya

  • misalnya Jimah yang setia menunggu suaminya yang hilang

Nilai hormat-menghormati orang lebih tua.

  • Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun sering dimarahi

Nilai nasihat-menasihati.

  • Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak
    angkat emaknya.

Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa.

  • Misalnya Sani dan isterinya menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari

Pengajaran

  • Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anak. Contoh Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.
  • Kita hendaklah mengenangkan jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja
  • Kita perlu menyesal dengan kesalahan yang telah kita lakukan seperti anak-anak Jimah yang memohon maaf atas perbuatan yang dilakukan
  • Kita hendaklah bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki misalnya Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.

Drama Dato’Onn (Othman Hj Zainuddin)

Sinopsis

Drama mengisahkan sejarah hidup Dato Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan sehingga ke akhir hayatnya Selepas kematian isteri, Dato Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kah tetapi jodoh mereka tidak panjang Dato Onn berkahwin dengan Halimah, balu adiknya. Dato Onn dipecat dari jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas dan kemudian berhijrah ke Singapura Di sana, Dato Onn dan Syed Hussein Alsagoff menerbit Akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama DatoOnn, dan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union. Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kerasan. Banyak nyawa terkorban dan kerugian harta benda diatur bersama pmimpin MPAJA dan KMM, ketua kampong, Kiai Salleh dan lain-lain.

Masing-masing tidak mahu kalah, Dato Onn menengah mereka pecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah. Pada tahun 1946, Kongres Melayu ,UMNO telah lahir untul memperjuangkan hak orang
Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan unutk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah melayu diistiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman. Dato Onn
menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bharu.

Pemikiran

Drama ini mengetengahkan pemikiran betapa pentingnya anak watan bangkit menentang sebarang bentuk penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Dato Onn menentang penjajah yang menguasai Johor. Penentangan dibuat dengan pelbagai kaedah seperti melalui akhbar, penubuhan parti dan mengadakan permuafakatan dengan maklamat mencapai kemerdekaan tanpa menggunakan kekerasan. Dato Onn selalu bersama keluarganya. Perjuangan melalui penentangan Malayan Union walaupun pengasas UMNO, terpaksa keluar parti kerana berlainan pendapat.

Persoalan

  1. persoalan golongan bangsawan yang berjiwa rakyat.
  2. Persoalan ini dapat dilihat melalui watak Dato Onn yang sanggup hidup susah dan tidak akan meninggalkan anak-anaknya dalam keadaan genting.
  3. Persoalan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat. Ini amat penting untuk kesepakatan dan mewujudkan sebuah Negara yang kukuh dah kuat.
  4. Persoalan pengorbanan seorang pemimpin. Dato Onn sanggup dipecat dari menjadi pemungut cukai lantaran tidak bersetuju dengan dasar penjajah yang menindas masyarakat Johor. Rumah dilelong oleh Inggeris dan beliau terpaksa berpindah ke Singapura.
  5. Persoalan keganasan pihak komunis di Tanah Melayu. Dalam novel ini, pihak komunis sanggup melakukan pelbagai keganasan jika ada pihak yang enggan memberi kerjasama.
  6. Persoalan menjaga kepentingan dan maruah keluarga. Demi menyelamatkan keluarganya dan demi menyelamatkan anak-anak adiknya, Dato Onn sanggup mengahwini Halilmah iaitu balu kapada arwah adiknya, Muhammad.
  7. Persoalan kesenian bangsa yang pupus ditelan dek kemunculan teknologi terkini. Dalam drama, banyak kumpulan bangsawan yang terkubur dengan kemunculan wayang-wayang gambar. Orang tidak mahu lagi menonton pementasan bangsawan.
  8. Persoalan kezaliman penjajah menindas rakyat jelata. Pihak Inggeris melalui tipu daya mendapatkan perintah Sultan Johor untuk pemungut cukai di negeri ini. Rumah dan tanah keluarga Dato Onn di Bukit Senyum turut dirampas kononnya bapanya berhutang dengan kerajaan Johor namun sebaliknya anugerah Sultan Johor kepada bapanya.
  9. Persoalan akhbar dalam membentuk minda rakyat Dato Onn berjaya membentuk fikiran bangsanya yang jauh ketinggalan melalui akhbar Warta Malaya.

Plot


Permulaan

watak Dato Onn digambarkan sebagai pemimpin orang-orang melayu yang berasal dari keturunan bangsawan. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat, pernah berkahwin dengan golongan bangsawan, tetapi gagal.

Perkembangan

watak Dato Onn sebagai pejuang kemerdekaan tanah air berkembang. Adiknya meninggal dunia dan beliau telah berkahwin dengan balu adiknya Halimah demi menyelamatkan keluarganya. Beliau telah dilantik menjadi pemungut cukai tetapi menentang dengan keras. Beliau telah dipecat dan hartanya dirampas dengan cara licik. Selepas berhijrah di Singapura, beliau dan beberapa orang rakan menerbitkan akhbar sendiri untuk menyuarakan penentangan dan menyedarkan bangsanya. Keadaan tanah air menjadi huru-hara semasa penjajahan Jepun dan Komunis Dato Onn tetap berusaha menyatupadukan rakyat jelata.

Konflik

perkahwinan Dato Onn tidak mendapat restu keluarga akibatnya berpisah beliau menentang sekeras-keraanya tindakan Inggeris untuk memungut cukai di negeri itu. Akhirnya dia dipecat sebagai pemungut cukai. MPAJA dan orang-orang di bawah pemimpin KMM tentang isu hak sama rata antara orang-orang Melayu dan bukan Melayu. Dato Onn tidak bersetuju dengan pendapat pemimpin KMM Burhanuddin dan Ahmad Boestanam yang ingin mengangkat senjata dan menyertai MPAJA menentang Inggeris.

Klimaks

dato Onn menubuhkan UMNO untuk memperjuangkan nasib orang Melayu

Peleraian

Oleh dasar yang diperkenalkan dalam UMNO tidak dipersetujui banyak pihak Dato Onn meninggalkan UMNO . sebelum ajalnya, Dato Onn sempat mendengar berita kemerdekaan tanah air.

Teknik pemerian

Pemerian

Dato Onn Jaafar nama menghias setiap bibir bangsa melayu,

nama yang harum bermadu menjadi penawar keresahan dan kesengsaraan hidup bawah penjajahan…

Imbas Kembali

Tapi, semalam dia sihat walafiat. Kawan tengok dia macam biasa.

Tak nampak pun tanda-tanda dia sakit. Oh Muhammad adikku…

Dialog


Onn: Apakah ertinya ini? Inggeris ingin merampas tanah saya di
Bukit Senyum

Watak dan Perwatakan
Dato Onn Jaafar

  • Seorang reformis dan pemimpin Melayu yang terulung
  • Menteri besar
  • Pengasas kemerdekaan
  • Seorang yang bertanggungjawab.
  • Seorang yang berani yang sanggup menegur Tuam Campbell yang menekan pegawai-pegawai Melayu dan sikap Bakhil.

Watak Sampingan
Halimah

  • Isteri Dato Onn
  • Seorang yang tegas, rajin berusaha. Halimah membantu Dato Onn mencari nafkah dengan menjual kiuh.

Cik Kah

  • Seri panggung Penari yang dapat menarik perhatian Dato Onn

Dj Campbell

  • Pegawai Inggeris
  • Sukar menerima teguran.
  • Menuduh Dato Onn menentang oentadbiran British selepas menerima teguran Dato Onn

Dr Burnaddin

  • Pemimpin KMM
  • Pengasas Parti PAS
  • Seorang yang tidak berfikiran jauh. Beliau menyangka Dato Onn. Lebih rela dijajah Inggeris di bawah Malayan Union apabila Dato Onn tidak bersetujui bergabung dengan MPAJA

Latar

Latar masa

  • 1927, Dato Onn menjadi nelayan
  • 21 Ogos 1945 Dato Onn bertemu pemimpin MPAJA dan KMM
  • 14 Mac 1946 semasa penentangan Malayan Union
  • 1947 peanugerahan Darjah Kerabat Kelas kedua
  • 1951 Dato Onn berucap
  • 31 Ogos 1957 tarikh pengisytiharan kemerdekaan

Latar tempat

  • singapura, Dato Onn menjadi nelayan
  • Bukit Pasir, Muar Dato Onn bertemu MPAJA dan KMM
  • Kuala Lumpur, Dato Onn dianugeahkan Darjah Kerabat Kedua
  • Hotel Majestic, KL , Dato Onn berucap
  • Bandar Hilir, Melaka, pengiktirafan kemerdekaan tanah air

Latar masyarakat

  • masyarakat golongan bangsawan yang berjiwa rakyat dan sayang akan tanah air
  • masyarakat Melayu negeri Johor dan Tanah Melayu yang menjajah. Ditindas dan jauh ketinggalan
  • masyarakat penjajah yang suka menindas dan memungut kekayaan Negara yang dijajah
  • masyarakat yang ingin kemerdekaan melalui kekerasan seperti MPAJA dan KMM

Gaya Bahasa

Diksi

  • Kata pinjaman ( bahasa Inggeris) –miss,cabaret night club, Johor Sport Club
  • Kata pinjaman (bahasa Arab)-Masya-Allah, Insya-Allah
  • Peribahasa- bagai melukut di tepi gantang, kais pagi makan pagi kais petang makan petang

Nilai

  1. nilai taat kepada ibu bapa. Contohnya lantaran tidak mendapat restu keluarga akhirnya perkahwinan Dato Onn dan Cik Jah tidak bertahan lama.
  2. nilai bertanggungjawab. Contohnya Dato Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya.
  3. nilai bersatu padu. Contohnya rakyat jelata bersatu padu agar menjadi lebih kuat. Dato Onn menegah sama sekali perbalahandalam kalanhan rakyat sehingga berlakunya pergaduhan dan pertumpahan darah.
  4. nilai kesetiaan. Contohnya, Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat kelas kedua kepada Dato Onn dan pemimpin yang berjasa.
  5. nilai muafakat. Contohnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah, muafakat amat penting dan masalah dapat diselesaikan.

Pengajaran

  1. pemimpin hendaklah sanggup berkorban demi kepentingan rakyat dan Negara.
  2. kita hendaklah sanggup mempertahankan tanah air dari sebarang bentuk penjajahan.
  3. kita hendaklah bersatu padu supaya lebih kuat dalam menentang penjajah.
  4. kita perlu pandiai memilih maklumat daripada media massa adar tidak terpengaruh dengan unsure negative.
  5. kita perlulah pandai memilih jalan.

Drama 1400 (Nordin Hassan)

Sinopsis

Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap mesyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya untuk mengubah pendirian orang kampong. Dollah bertemu dengan dukun dengan menggunakan azimat mayat ibunya, dan hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu Doli. Awalnya, peminangan ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaan Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampong. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik hati. Sikap isterinya menyebabkan disayangi oleh masyarakat kampong. Namun Dollah dibenci kerana sering menindas orang kampong dan memelihara kuda yang banyak yang mengotorkan bekalan air sungai kampong. Akibat pencemaran menyebabkan penyakit merebak dan puncanya mendapat zuriat yang cacat. Dollah yang suka memburu gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta isterinya supaya tidak bergaul dengan orang kampong yang susah. Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Lalu dibuang dan isterinya dihalau. Dollah bertemu dengan mayat ibunya yang memintanya supaya bertaubat. Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampong lain yang memperjuangakan Islam. Namun Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.

Pemikiran

Kekayaan mengubah sikap manusia ke arah kemungkaran dan menindas golongan lemah. Dollah seorang pemuda yang asalnya miskin dan capik. Dia dipandang hina oleh masyarakat justeru dia berazam untuk menjadi kaya. Malang hajatnya termakbul tetapi sikapnya berubah sama sekali. Dia sering menindas orang kampung dan mencemarkan air sungai hasil bekalan air orang kampung dengan najis kuda peliharaanya.

Persoalan

  • persoalan kepincangan masyarakat memilih kepada orang berharta
  • persoalan keimanan yang kukuh menjadi panduan pada kebaikan
  • persoalan pencemaran sungai memberi kesan yang buruk kepada pengguna yang membawa penyakit.
  • persoalan penindasan kepada golongan lemah
  • persoalan penipuan kepada orang yang kurang berilmu

Plot

Permulaan
memperkenalkan Dollah yang tempang, tiada berharta tetapi baik budi dan suka membantu. Dollah sering ditindas atas kelemahan dirinya menyebabkan ingin menjadi kaya. Nasihat Soud kepada Dollah supaya ikhlas dalam melakukan apa sahaja dan mencari rezeki yang halal.

Perkembangan

Dollah bertemu bomoh yang membantunya menjadi kaya dengan menggunakan azimat mayat ibunya. Dollah berubah jadi kaya dan perwatakan orang yang mewah.

Konflik

pinangannya ditolak pada peringkat awal walaupun Dollah menjadi kaya. Dollah mengambil tanah orang kampong dan memelihara kuda yang mencemarkan sungai. Dollah disondol binatang ganjil dan Siti Rahimah melahirkan anak cacat lalu dibuang.

Klimaks

Dollah hilang kekayaan dan harta benda dan pertemuan dengan mayat ibunya menasihatkannay supaya bertaubat.

Peleraian

Dollah insaf dengan kesalahan dan kembali beriman dengan bantuan Siti Rahimah yang ditemui semula di kampong lain. Walau bagaimanapun Dollah hilang di laut.

Teknik Plot

Kejutan

  • Dollah bertemu dengan mayat ibunya
  • Siti Rahimah melahirkan anak cacat dan hodoh

Suspens

  • Dollah disondol binatang ganjil

Pemerian

  • manusiakah? Jinkah? Jembagkah! Apa dia! Kepalanya besar, telinganya panjang, matanya halus, berbulu disini sana, tabik-tabik cakap..

Imbas kembali

  • Dollah: Imah pernah tak ke tepi laut?
  • Siti Rahimah: Pernah, tapi lewat petang saja, apabila matahari hamper terbenam, sebelum maghrib. Waktu itu angina kerap kali sayu dan laut beranak ombak di gigi air. Pantai tak jauh.

Monolog

  • Dollah: (Agak kehilangan akal pada mulanya, tetapi tiba-tiba dia berkata) Ya Allah ampunkanlah dosaku. Berikan aku rahmat-Mu.

Watak&Perwatakan

Watak Utama-Dollah

  • Capik, miskin dan dihina masyarakat
  • Seorang yang bertukar haluan apabila mempunyai kekayaan dan dia tidak mengambil berat tentang solat setealh menjadi kaya
  • Seorang yang menindas orang lemah. Dollah tidak membenarkan isterinya bergaul dengan orang miskin
  • Seorang yang sombong apabila kaya. Dollah marah apabila pinangannya ditolak.

Watak sampingan-

Intan Siti Rahimah

  • Isteri Dollah yang cantik
  • Beriman dan baik yang disukai oleh semua orang. Dia dijemput ke surau daripada isteri dan ibu-ibu pekerja mereka

Abu Lahab

  • Broker tanah
  • Menipu penduduk kampong menjual tanah demi mengaut keuntungan dan hamper dikenakan hukuman tanam hidup-hidup.

Pak Sudin

  • Pekerja Dollah yang setia. Pak Sudin terlalu setia sehingga dianggap tali barut Tuan Dollah

Latar

  • Latar
  • Latar masa
  • Lewat petang (sebelum maghrib) Siti Rahimah pergi ke tepi laut
  • Miggu depan- Intan Siti Rahimah pergi mengajar anak-anak orang kampong mengaji
  • Petang- disurau, Dollah berbual dengan Pak Long

Latar tempat

  • Kampong Kuala dan Kenanga- tempat Dollah membeli tanah memelihara kuda-kudanya
  • Sungai Nenek- airnya yang jernih telah tercemar dan dipanggil sungai Kuda.
  • Surau-tempat isteri Dollah mengajar mengaji anak-anak
  • Di rumah pawing- Dollah meminta pertolongan mendapat azimat untuk menjadi kaya

Latar masyarakat

  • Masyarakat yang mementingkan harta benda. Abu Lahab sanggup menipu orang kampong
  • Masyarakat yang sombong dengan kekayaan/kuasa. Dollah bangga dan sombong dengan kekayaan.
  • Masyarakat yang beriman dan taat pada perintah Tuhan. Maulana mengingatkan Dollah supaya menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk.
  • Masyarakat yang mementingkan diri. Dollah tidak membenarkan isterinya membantu bergaul dengan orang susah
  • Masyarakat yang saling membantu. Intan Siti Rahimah membantu keluarga pekerja Dollah yang susah dengan mengajar anak-anaknya mengaji.

Gaya bahasa

Simpulan bahasa

  • Besar hati, naik kepala, duri dalam daging
  • Repitisi
  • Mereka, merekalah..
  • Cakap, cakap, cakap, cakap..

Personifikasi

  • Kambing-kambing tersenyum
  • Kata Pinjaman
  • Bahasa Inggeris – order, secret, you, I
  • Bahasa Arab –Fajer, sidik, hijrah

Nilai

  • kesabaran – Soud meminta Dollah bersabar dengan hinaan orang
  • tolong-menolong- Intan Siti Rahimah menolong anak orang kampong mengaji
  • menghargai barangan tempatan –Dollah menggunakan batu mamar Itali bukan dari Langkawi.
  • kasih sayang –Tuan Dollah menjaga isterinya yang sedang mengandung dengan baik
  • ketaatan –Intan Siti Rahimah mendengar arahannya suaminya semasa mengandung

Pengajaran

  • Kita hendaklah mencari rezeki halal. Abu Lahab mengumpul harta dengan menipu orang kampung dan akhirnya mereka dimasukkan ditahanan
  • kita janganlah menindas orang yang lemah seperti Dollah yang menindas orang susah ketika dia kaya
  • kita perlulah menjaga keindahan alam sekitar seperti Dollah yang mencemarkan sungai dengan najis kuda
  • kita hendaklah taat dan menunaikan perintah Allah seperti Maulana mengingatkan Dollah supaya mentaati Allah dan bukannya menurut nafsu

Sinopsis

Bab III
Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng dengan lima bersaudara dan disertai Sultan Muhammad Zainuddin.Baginda berkenaan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu Daeng dan lima saudaranya.Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin.Daeng Perani mencadangkan Daeng Menambung berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin.Opu Daeng Menambung bersetuju.

Bab IV
Setelah berkahwin dengan puterinya,SultanMauhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng dan lima sudaranya menyerang Panembahan Agung.Kedatangan Opu Daeng sampai sampai ke pengkalan negeri Matan.Menantu Panembahan Agung iaitu Daeng Mataku dan tuan Hj.Hafiz berjumpa Opu Daeng berlima.Mereka bersalaman dan bertanya khabar.selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman.Opu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj.Hafiz bahawa mereka orang Bugis menyebabkan Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz serba salah kerana arahan Panembahan supaya menghalang Opu Daeng berlima daripada masuk ke kota sama ada secara lembut atau kekerasan.Tuan Hj.Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah.Opu Daeng lima bersaudara masuk ke dalam kota dan menawan Panembahan Agung dan dibawa menghadap Sultan Muhamad Zainuddin.

Bab V
Opu Daeng berlima telah belayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman.Baginda meminta pertolongan Opu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri.Opu Daeng bersetuju dengan syarat salah seorang daripada mereka berlima dilantik sebagai Yamtuan Muda.Berperanglah antara orang siak dan Bugis.Yam Amtuan Kecil terpaksa berundur ke hulu Siak.seperti yang dijanjikan Yam Amtuan Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi Yam Amtuan Muda di Riau.Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yam Tuan Raja Sulaiman ,Tengku Puan.

Bab IV
Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan tahta lalu meminta bantuan Opu Daeng berlima.Mereka sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah dan berjanji memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng berjaya mengumpul pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabal menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah.Saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan itu menyerangnya dan berlarutan selama lapan hari.Kemenagan berpihak kepada orang Bugis.Raja Kedah yang baharu mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuan nya dan membayar tiga bahara seorang seperti yang dijanjikan.

Bab VII
Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput olah raja Sambas antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas.Opu Daeng Menambung menerima tawaran itu dan pergi ke Sambas bersama-sama Opu Daeng Kemasi.Kedatangan mereka telah disambut oelh sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu sebuah rumah dalam sebuah kampung.Setelah tiga hari,Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah.Opu Daeng Menambung mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin.Opu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi pangeran Mangkubumi di dalam daerah Sambas.

BabVIII

Setelah sekian lama di negeri Sambas,Opu Daeng Menambung teringin untuk balik ke negeri Matan.Hal ini mengembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalau mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaanya.setelah setahun,Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknua serat saudaranya dan pengeran Kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya.Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin.Seluruh penduduk Mantan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad.Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.

Bab IX
Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat.lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besaran.Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam,rombongan raja perempuan .Mereka kemudiannya sampai ke sebukit lalu membuka negeri di situ.Setelah selesai segala urusan membuka negeri,mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak.

Tema

Kepahlawanan.Kepahlawanan Opu Daeng lima bersudara dalam menakluk dan meluaskan pengaruh di Tanah Melayu.Keupayaan mereka diperakuan oleh raja-raja Nusantara.

Persoalan

  • Persoalan keberanian dan menegakkan keadilan.
  • Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat.
  • Persoalan perebutan tahta kerajaan membawa kepada pertelingkahan.

Watak Utama
Opu Daeng Menambun

  • Anak raja
  • Mempunyai empat saudara yang lain iaitu Daeng Perani,Daeng Kemasi,Daeng Merewah dan Daeng Celak.
  • Berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau.
  • Dilantik menjadi raja di Mempawah.

Daeng Perani

  • Saudar yang tertua antara lima bersaudara.
  • Beristerikan anak Nakhoda Alang dari siantan.
  • Mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khadijah.

Daeng Kemasi

  • Beristerikan anak Raja Mempawah.
  • Dilantik menjadi raja di sambas.

Daeng Chelak

  • Dilantik menjadi raja di Riau.
  • Berkahwin dengan Tengku puan,adinda Sultan Raja Sulaiman

Daeng Merewah

  • Menjadi Yang Amtuan Muda di Riau.
  • Berkahwin dengan Ungku Datuk Temenggung.

Latar Masyarakat

  • Masyarakat Feudal.Contoh :Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
  • Masyarakat Istana.Contoh : Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja.

Latar Tempat
Riau.Contoh : Opu Daeng menambung lima bersaudara membantu Sultan Raja Sulaiman menyerang Siak.
Siak.Contoh : peperangan antara Opu Daeng berlima dengan orang Siak.
Negeri Matan.Contoh:Tempat Puteri Kesumba diraikan setelah dilantik menjadi Ratu Agung senuhun.

Gaya Bahasa

  • Bahasa Istana .Contoh:sultan,ayahanda,patik,paduka,dayang-dayang
  • Bahasa Pinjaman bahasa Arab
  • Contoh : warith,Allah Subhanahu Wa Ta’ala
  • Kata Ganda
  • Contoh : berkasih-kasihan,dibagi-bagi,betul-betul

Nilai Keberanian.
Contoh:Opu Daeng berlima berani menentang musuh.

Nilai tolong –menolong.
Contoh:Opu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang siak.

Nilai menepati janji.
Contoh:Raja Kedah memberikan wang sebanyak 3 gahara seperti yang dijanjikan kepada Opu Daeng berlima .

Nilai bekerjasama.
Contoh:Opu Daeng lima bersaudara beker

PROSA DUA GELIGA HIKMAT

SINOPSIS
Kisah bermula tentang Inderaputera yang berjalan di Tasik Semendera Jin. Semasa berada di sana, baginda telah melihat pelbagai keajaiban dan keindahan. Baginda telah mendengar satu suara yang memberi ingatan kepada baginda. Suara itu rupa-rupanya daripada mayat yang bergelimpangan. Ingatan itu diberikan kepada Inderaputra supaya berhati-hati terhadap seorang raksasa. Inderaputra berjaya menewaskan raksasa itu. Raksasa itu telah menjadikan inderaputra menjadi cucucnya.
Diceritakan pula kisah Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan pengasuhnya turun bermain-main di dalam taman. Untuk memikat tuan puteri tersebut, Inderaputra telah menyamar diri dengan beberapa keajaiban. Inderaputra telah mencuri baju Tuan Puteri Sri Ratna Gemala Nehran yang bernama Antakesuma. Dengan menggunakan segala kesaktiannya, akhirnya Inderaputra telah berkahwin dengan tuan puteri. Dalam pengembaraan baginda, Inderaputera telah menempuhi pelbagai peristiwa , pertarungan dengan kuasa-kuasa yang hebat seperti garoda, raksasa dan sebagainya.

Tema:
Pengembaraan seorang perwira mencari seseorang atau sesuatu.

Persoalan:

  • •Keberanian menentang kuasa-kuasa luar biasa.
  • •Pengembaraan anak raja untuk mendapatkan pengalaman dan jodoh.
  • •Kebijaksanaan menyelesaikan masalah.
  • •Kekuatan dan kesaktian menewaskan jentera yang berupa haiwan atau makhluk selain manusia.

Watak & Perwatakan:

Watak Utama: Inderaputra

Perwatakan:
-Anak raja (berketurunan bangsawan)
-Anak kepada maharaja Bikrana Buspa dan Puteri Jamjam ratna Dewi.
–mengembara untuk mencari ilmu, bakal isteri
–seorang yang kacak
–pintar
–gagah perkasa
–mempunyai kesaktian

Watak Sampingan: -Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran

Perwatakan:

  • -berketurunan dewa-dewa
  • -Anak Maharaja Syah Tokan
  • -Tunang kepada kepada Raja Mengerna lela Dewa.
  • Puteri yang cantik jelita
  • suka bermain-main di taman
  • dijaga olkeh tujuh orang bidadari
  • memiliki gemala hikmat.

Peri

  • Raksasa di Tasik Semenda Jin
  • Berketurunan jin
  • Pemilik geliga Mayan Bedi
  • Mengakui Inderaputera sebagai cucunya
  • Sayang akan Inderaputera

Tujuh Orang Bidadari

  • -Cantik rupawan
  • -Taat setia
  • -patuh arahan

Latar
Latar Tempat
-Tasik Semenda Jin
-balai dalam Taman Rangga Puspa Berahi
-mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.

Latar Masa
•Zaman pengaruh hindu

Latar Masyarakat
•Golongan bangsawan
•Masyarakat feudal
•Masyarakat jin
•Masyarakat alam kayangan

PLOT

Binaan Plot
-Plot dibina secara kronologi Pengenalan:
-Inderaputera berjumpa dengan peri di tasik Semenda Jin. Apabila telah diakui sebagai cucu kepada peri itu serta memperoleh geliga Mayan Bedi. Perkembangan: Inderaputera telah menyembunyikan pakaian Tuan Puteri Seri Ratna gemala Nehran. Inderaputera telah berjanji akan memulangkan pakaian tuan puteri dan dayang-dayangnya sekiranya dia diberikan geliga hikmat milik tuan puteri. Tuan puteri bersetuju dengan permintaan Inderaputera itu. Klimaks /

Puncak Cerita:

-cerita bermula apabila Inderaputera menghadapi pelbagai cabaran untuk masuk ke taman mahligai tuan puteri, sedangkan tuan putera dan bidadari telah ghaib. Inderaputera berjaya menewaskan semua binatang hikmat dan raksasa yang terdapat di mahligai tuan puteri. Inderaputera disambut dengan penuh kebesaran oleh bidadari dan tuan puteri. Peleraian Peleraian: Inderaputera diberikan gemala hikmat oleh tuan puteri selepas mereka makan bersama-sama di mahligai itu

TEKNIK PEMERIAN
•Teknik pemerian
•Teknik dialog
•Teknik Monolog
•Teknik monolog Dalaman

GAYA BAHASA
•Bahasa Melayu Klasik
•Bahasa istana
•Bahasa Arab
•Unsur Simile
•Hiperbola
•Pantun – 7 rangkap pantun 4 kerat
•Kata ganda
•Pengulangan

NILAI
•Bijaksana
•Berani
•Tolong-menolong
•Bersopan-santun

PENGAJARAN
•Kita hendaklah mengambil tindakan yang bijaksana untuk memperoleh kejayaan.
•Setiap cabaran dan dugaan perlu dihadapi dengan berani.
•Kita mestilah melayan tetamu yang datang dengan sopan.
•Kita hendaklah menepati janji dalam pergaulan seharian.

SELOKA SI LUNCAI Md. Ali Bachik (ILADAM) ( Penyelenggara)

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan …

Ada rumah tidak dijaga,

Ada anak tidak dilatih,

Ada ternakan tidak dibela,

Ada kebun tidak ditanam,

Ada cerdik tidak selidik

Ada belajar kepalang ajar,

Ada mengaji tiada mengkaji,

Ada mata tiada kuasa,

Ada kuat tiada buat,

Biarkan,biarkan ..!

Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003

ILADAM dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

Secara keseluruhannya Seloka Si Luncai mengajak pembaca berfikir tentang situasi yang berlaku dalam masyarakat kini. Secara halus masyarakat dikritik melalui watak Si Luncai.

TINDAKAN YANG TERBURU-BURU AKAN MEMBAWA KERUGIAN KEPADA DIRI DAN MASYARAKAT SERTA NEGARA

Si Luncai digambarkan sebagai ;

1. Bijak menggunakan akal apabila bertindak

TETAPI

2. Bersikap sambalewa

3. Pemalas

4. Suka berfoya-foya

5. Tidak bertanggungjawab

Namun begitu, sifat masyarakat di sekeliling Si Luncai juga dikritik secara halus iaitu;

1. Individualistik

2. Hilang sifat kejiranan

3. Hanya menurut kata tanpa berfikir panjang

4. Hanya pandai mengkritik kelemahan orang lain tanpa melihat kelemahan sendiri

Tema;

Kewarasan akal dalam tindakan

Persoalan;

1. Kebijaksanaan menggunakan akal dalam setiap tindakan yang dilakukan.

2. Sikap individualistik dalam masyarakat

3. Sikap tidak mahu ambil peduli tentang hal orang lain.

4. Sikap bodoh sombong masyarakat yang tidak boleh ditegur

5. Amalan sambil lewa yang berakar umbi dalam masyarakat

6. Perasaan sensitif/peka yang kian hilang dalam masyarakat

7. Semangat kejiranan yang semakin pupus dalam tradisi masyarakat

8. Sifat negatif masyarakat yang suka melihat kelemahan orang lain

9. Sikap masyarakat yang hanya mengikut kata tanpa berfikir akan kesan yang akan diterima/tidak menggunakan akal dalam tindakan

Nilai

1. Kebijaksanaan

Pengajaran

1. Kita hendaklah menggunakan akal yang waras apabila melakukan sesuatu tindakan

2. Kita hendaklah berfikir panjang sebelum berbuat sesuatu perkara

3. Jangan hanya tahu mengkritik kelemahan orang lain tanpa melihat kelemahan sendiri.

4. Kita jangan terburu-buru dalam semua tindakan agar tidak membawa kerugian/kemudaratan kepada diri dan masyarakat.

5. Kita hendaklah menggunakan kebijaksanaan dengan berhemah untuk mengatasi masalah

6. Kita hendaklah menggunakan segala kelebihan yang dikurniakan tuhan dengan penuh bijaksana

Latar Masyarakat

1. Masyarakat individualistik

2. Masyarakat yang suka berfoya-foya

3. Masyarakat bodoh sombong

MAKSUD SELOKA

i. SIKAP SI LUNCAI YANG SAMBALEWA /ACUH TAK ACUH

ii. TIDAK MEMPEDULI KEHARMONIAN KELUARGANYA

iii. TIDAK MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK

iv. MALAS BEKERJA WALAUPUN ADA TERNAKAN DAN KEBUN UNTUK DIUSAHAKAN

v. MALAS MENGGUNAKAN KECERDIKAN UNTUK MEMAJUKAN DIRI

vi. MALAS BELAJAR/MENAMBAH ILMU

vii. MALAS BERUSAHA WALAUPUN ADA KEKUATAN FIZIKAL

viii. MALAS MENGUNAKAN KELEBIHAN DIRI/KEKUATAN DIRI

ix. SIKAP MASYARAKAT YANG LEBIH GEMAR MELIHAT KEKURANGAN ORANG LAIN DARIPADA MEMBERI TEGURAN MEMBINA.

SOALAN PEMAHAMAN

i. Nyatakan sifat-sifat Si Luncai berdasarkan seloka di atas.

ii. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersungguh-sungguh semasa menuntut ilmu?

iii. Pada pendapat anda, apakah akibat yang menimpa jika kita sering bersikap sambalewa berbuat sesuatu?

iv. Pada pendapat anda , mengapakah kita perlu menegur perilaku yang tidak baik dalam masyarakat?

v. Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam seloka di atas.

vi. Huraikan tiga iktibar yang diperoleh dari seloka di atas.

GURINDAM TONGAK DUA BELAS Mohd Sidek Mohd Dollah (Mas Adeki) (Penyelenggara)

Hendak pandai mengahargai masa,

Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,

Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,

Usah berduka bermuram durja.

Hidup alam kemuliaan kesederhanaan,

Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalam,

Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,

Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepeimpinan melalui teladan,

Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,

Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,

Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,

Perkara susah menajdi senang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,

Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,

Kembangkan bakat semoga aktif.


Tema:

Pembinaan jati diri manusia yang baik dan berguna kepada bangsa dan negara.

Persoalan;

1. Sifat-sifat murni yang perlu dimilki oleh setiap rakyat demi kesejahteraan negara

2. Stail kepimpinan yang mampu mempengaruhi gaya kerja rakyat.

3. Tanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

4. Ketinggian peribadi sangat penting semasa melaksanakn tugas.

5. Kepentingan pengurusan masa yang cekap semasa bekerja.

6. Keperluan budaya kreatif untuk mengembangkan bakat dan potensi bekerja.

Nilai

1. Menghargai masa

2. Ketekunan dan kegigihan

3. Kesederhanaan

4. Kebijaksanaan

5. Berhemah tinggi

6. Amanah/kejujuran

7. Baik hati

8. Bertimbang rasa

9. Bersimpati

10. Ketegasan

11. Kebijaksaan

12. Kesabaran

1. PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mengghargai masa

2. Jangan bertangguh melaksanakan kerja

3. Kita hendaklah tekun dan gigih bekerja

4. Kita perlu ada perasaan suka bekerja agar sentiasa ceria di temapat kerja

5. Hendaklah mengamalkan kesedehanaan dalam hiudp

6. Hendaklah bijak membuat keputusan

7. Sentiasa ada perasaan baik hati, bertimbang rasa

8. Kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik semasa bekerja

9. Kita hendaklah sabar dan sentiasa bertenang apabila berhadapan dengan masalah.

10. Jangan menyembunyikan bakat dan kebolehan yang ada

11. Kita hendaklah berani menonjolkan kebolehan diri.

12. Kita perlu kreatif agar kebolehan terserlah kebolehan diri.

13. Kita hendaklah berhemat apabila berbelanja agar tidak berlaku pembaziran.

Soalan;

1. Nyata nilai-nilai murni yang terdapat dalam gurindam di atas.

2. Pada pendapat anda, mengapakah pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik semasa bekerja?

3. Huraikan tiga pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas.

4. Berikan maksud

a. Rangkap 1

b. Rangkap 2

c. Rangkap 5