Drama Tiang Cengal Dinding Sayung (Suriani Mohd Yusof)

Sinopsis

 

Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anaknya iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan Shahrul meminta tolong Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kerana cuti sudah tamat.

Sabariah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya ( Jumaat ) kerana terus ke laut untuk menangkap ikan. Namun anak-anaknya sering mengirimkan wang bulanan supaya tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jirannya kerana tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan berpakaian seksi dimarahi oleh Sabariah supaya menukar sebelum bertemu ibunya.

Sikap mereka ditegur juga oleh Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah memulangkan kembali wang yang dikirim oleh anak-anaknya. Namun Sabariah memarahi ibunya kerana masih  mengharapkan bapanya akan selamat. Dalam kekecohan, Wahid dan Senin mengambil kesempatan mencuri barangan mangsa tsunami. Pak Jumaat akhirnya dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja untuk menemani ibunya ke balai. Atas tolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat.

Anak-anak Jimah yang lain memohon maaf kepada Sani. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu dan bersyukur mempunyai Man Bnegap walaupun hanya cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama ketika sunyi dan berduka. Pemikiran Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap bapanya serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.

Persoalan

  • Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.
  • Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.
  • Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.
  • Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.
  • Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaaan dan cabaran hidup.
  • Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Plot
Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian.

Pembinaan Plot
Secara keseluruhan drama ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:

Permulaan
Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atas
nasib keluarga Jimah yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami.

Perkembangan
Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam keluarga Mak Jimah tetapi telah dibesarkan dengan mendapat pendidikan sempurna.

Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang mementingkan kerjayanya dan hendak pulang ke Kuala Lumpur walaupun bapanya
masih hilang.

Konflik
Arahan Shahrul agar Sani menasihati Jimah agar menerima kenyataan bahawanya bapanya telah meninggal.
Sabariah yang tidak berpuas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut walaupun wang sudah dikirmkan
Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah dan Sani dan dia menggangap mereka sebagai anak-anaknya juga.
Sabariah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkat
Jimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabariah yang hanya mementingkan
kerjaya dan diri sendiri.

Klimaks
Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di bank dan meminta anakanaknya pulang ke tempat masing-masing walaupun Jumaat belum ditemui

Peleraian
jumaat ditemui terselamat dalam kejadian tsunami. Dengan penemui itu memberi
banyak kesedaran kepada anak-anaknya bagi memohon maaf. Jimah meminta anakanaknya meminta maaf kepada Sani dan Pak Man bersyukur dengan situasi yang
ceria dan bersyukur mempunyai cucu macam Man Bengap.

Teknik Penceritaan
1. Pemerian

  • Dia budak lurus. Putih, putihlah yang dia kata. Kalau hitam, hitamlah. Dia manusia yang tidak ada kepentingan langsung..(ms 439)

2.  Suspens

  • Man: orang sudah jumpa tuk, sudah jumpa dah.

3.  Kejutan

  • Kita ni sibuk dengan kerja, dengan laki, dengan bini, dengan perniagaan. Beginilah, kalau sudah semua tidak mahu, kita hantar ke rumah welfare mau? (ms434)

Watak & Perwatakan

Watak Utama
Jimah

  • Isteri Jumaat, berusia 55 tahun
  • Seorang yang setia, peyayang dan bertanggungjawab.
  • Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya itu
  • Sabar dengan dugan dengan berdoa.
  • Jimahsentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejakkejadian suaminya hilang di laut.

Watak Sampingan
Sani

  • Anak angkat Jimah-seorang doktor dan telah beristeri
  • Seorang yang bertanggungjawab dan sabar.
  • Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang.

Sabri

  • anak sulung Jimah
  • penyabar.
  • Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka belum ditemui

Sabariah

  • Graduan ekonomi bekerja di London
  • Panas baran, anak kedua dan menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulana dikirim setiap bulan
  • Tidak sukakan Sani.
  • Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan
    berdolak dalik tentang soal kematian.
  • Dia juga mengingatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.

Shahrul

  • Anak ketiga
  • Seorang akauntan di Kuala Lumpur
  • Mementingkan kerjayanya dengan meminta untuk pulang setelah waktu cuti sudah habis.
  • Berselisihan faham dengan Sani. Shahrul suka menyindir Sani.

Salmah

  • Seorang pereka fesyen
  • Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang dengan memakai skirt
  • Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampong atas urusan pekerjaan.

Wan Malini

  • Isteri Sani
  • Banyak menolong Sani menjaga Jimah. Dia turut berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.

Man Bengap

  • Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong menyebabkan Pak Man ketawa.

Pak Man

  • Jiran Jimah yang prihatin dengan keluarga Jimah.
  • Pak Man menyuruh isterinya Mak Jah memujuk Jimah.
  • Banyak memberi nasihat kepada anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarganya.

Mak Jah

  • Isteri Pak Man
  • Seorang yang peyayang, mak Jah sanggup bersama-sama keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih.

Wahid dan Senin

  • Penjahat yang mengambil kesempatan denganberpura-pura ditugaskan membanci kerugian namun sebaliknya mencuri.
  • Mencuri harta mangsa tsunami dan berniat untuk mencuri di rumah Jumaat.

Latar

Latar masa

  • Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak
  • Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri
  • Senja di rumah mak Jimah

Latar tempat

  • Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut
  • Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah
  • Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya

Latar masyarakat

  • Masyarakat peyayang iaitu menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan
    Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia tua.
  • Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan misalnya Pak Man yang
    datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.
  • Masyarakat yang berpendidikan seperti anak-anak Jimah yang berjaya dalam
    kerjaya.
  • Masyarakat yang mementingkan kerjaya seperti anak-anak Jimah
  • Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.

Gaya Bahasa

Diksi
Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey. HQ)

Falsafah

  • Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga
  • air matanya itu macam air mengalir

Metafora
Ombak susu, gigi ombak

Repetisi
Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah

Nilai
Nilai kasih sayang kepada suami.

  • Jimah menangisi kehilangan suaminya

Nilai kesetiaan seorang isteri terhadap suaminya

  • misalnya Jimah yang setia menunggu suaminya yang hilang

Nilai hormat-menghormati orang lebih tua.

  • Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun sering dimarahi

Nilai nasihat-menasihati.

  • Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak
    angkat emaknya.

Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa.

  • Misalnya Sani dan isterinya menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari

Pengajaran

  • Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anak. Contoh Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.
  • Kita hendaklah mengenangkan jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja
  • Kita perlu menyesal dengan kesalahan yang telah kita lakukan seperti anak-anak Jimah yang memohon maaf atas perbuatan yang dilakukan
  • Kita hendaklah bersyukur dengan apa-apa yang kita miliki misalnya Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: